Wangsa Saudeleur
Wangsa Saudeleur

Wangsa Saudeleur

Wangsa Saudeleur (Pohnpei: Mwehin Sau Deleur, "Zaman Raja Deleur"; juga dieja Chau-te-leur)[1] adalah pemerintahan pertama yang menyatukan penduduk pulau Pohnpei. Pemerintahan ini berkuasa dari tahun 1100[2] hingga sekitar tahun 1628.[note 2] Era Saudeleur didahului oleh era Mwehin Kawa atau Mwehin Aramas (Zaman Pembangunan, atau Periode Pemendudukan), yang kemudian diikuti oleh Mwehin Nahnmwarki.[1] Deleur adalah nama kuno untuk Pohnpei, yang kini merupakan negara bahagian dari Persekutuan Mikronesia.[7]Menurut lagenda Pohnpei, penguasa Saudeleur merupakan orang asing, dan penampilan mereka cukup berbeza dari penduduk asli Pohnpei. Legenda Pohnpei menggambarkan Saudeleur sebagai penguasa yang absolut, tersentralisasi, dan semakin lama semakin menindas. Permintaan yang sewenang-wenang dan juga penistaan terhadap dewa-dewa Pohnpei mengakibatkan antipati dari penduduk Pohnpei. Masa Wangsa Saudeleur berakhir kerana diserang oleh Isokelekel, orang asing lain yang kisahnya bersifat semi-mitos. Isokelekel menggantikan sistem Saudeleur dengan sistem nahnmwarki yang lebih terdesentralisasi, yang masih dapat ditemui hingga kini.[8][9]

Wangsa Saudeleur

Sejarah  
Kerajaan Monarki absolut
• ca. 1100–1200 Olosohpa
• Penaklukan oleh Isokelekel ca. 1628
• ? Saraiden Sapw
Agama Pohnpei, Saudeleur
Ibu negara Nan Madol
Bahasa yang umum digunakan Pohnpei
• ca. 1628 Saudemwohl
• Kedatangan Olisihpa dan Olosohpa ca. 1100
Saudeleur  

Rujukan

WikiPedia: Wangsa Saudeleur http://books.google.com/books?id=OzgF5vZByVoC http://books.google.com/books?id=IVVQ46epBqwC http://books.google.com/books?id=hQMNAQAAMAAJ http://books.google.com/books?id=B3Z-aH7govUC http://books.google.com/books?id=h2EWUggiuQIC http://books.google.com/books?id=LgAcAAAAMAAJ http://books.google.com/books?id=l6oSAQAAIAAJ http://books.google.com/books?id=JV-0AAAAIAAJ http://scholarspace.manoa.hawaii.edu/bitstream/han... http://www.uoregon.edu/~wsayres/pohnpei/NanMadol.h...